MENGENAI ASAL?


Meskipun bumi bertuah Malaysia ini baru 6 dekad menghela nafas kemerdekaan, namun sejarah agung bangsa ini sudah pun bermula ratusan tahun dahulu.

Atas semangat ini, persidangan ASAL 2018 akan mengangkat semula sejarah dan mengupas dengan mendalam faktor kehebatan Kesultanan Melayu Melaka dalam persembahan ceritera yang disulami elemen drama tari muzikal dengan paparan teknologi terkini.


SPEAKER

PROF. MADYA DR. FARISH A. NOOR

Pakar Sejarah, NTU Singapura

Anak kelahiran Pulau Pinang ini terkenal dengan kajian serta pandangan akademiknya dalam fenomena gerakan agama-politik transnasional dan translokal. Dr. Farish akan mengangkat kembali kehebatan kuasa politik di rantau ini sekitar abad ke-15.

KERTAS KERJA

PROF. MADYA DR. ASYAARI MUHAMAD

Felo Penyelidik Kanan, Arkeologi Maritim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sejarah kegemilangan Melaka dapat dikesan melalui arkeologi daratnya. Dr. Asyaari akan berkongsi pengalamannya dalam penyelidikan arkeologi darat di Melaka dan arkeologi maritim di rantau ini yang menjadi buruan para pengkaji.

KERTAS KERJA

PROF. DR. SITI ZAINON ISMAIL

Pakar Rujuk Budaya Warisan Melayu Galeri Melora

Pakar sejarah, budayawan dan pemulihara warisan Melayu, Dr. Zainon menelusuri asal-usul budaya bangsa Melayu yang unik bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai budaya dan warisan Melayu.

KERTAS KERJA

PROF. MADYA DR. HJ MUHD PAUZI ABD LATIF

Pengarah Muzium, Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC)

Kajian terperinci manuskrip lama memberi pendedahan sebenar sebab kejatuhan Melaka. Adakah kerana kelemahan teknologi persenjataan tentera Melaka atau akibat perbuatan khianat? Dr. Muhammad Pauzi akan merungkai persoalan ini.

KERTAS KERJA

PROF. MADYA DR. AHMAD JELANI HALIMI

Pakar Sejarah Maritim

Penulis buku Undang-Undang Laut Melayu, Dr. Jelani Halimi merupakan pakar dalam bidang pengkhususan Sejarah Awal dan Maritim, Asia Tenggara. Dr. Jelani Halimi akan menerangkan pembentukan perundangan maritim Melaka dan kehebatan ilmu pelayaran orang Melayu.

KERTAS KERJA

PROF. MADYA. DR. PAITOON MASMINTRA CHAIYANARA

Pakar Rujuk Bahasa

Anak kelahiran Thailand ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik dan Pensyarah di beberapa Universiti tempatan di Malaysia. Dengan kepakaran beliau dalam bidang Bahasa, Prof. Madya. Dr. Paitoon akan mengangkat kembali Bahasa Melayu sebagai Bahasa Lingua Franca suatu ketika dahulu.

KERTAS KERJA

ZUBAIDAH SUAL

Pakar Busana Melayu

Anak kelahiran Johor ini akan menelusuri asal-usul tekstil yang boleh memberi pendedahan tentang sejarah dan tradisi masyarakat dan tamadun yang telah lama hilang. Pemahaman terhadap alat, bahan dan teknik pakaian yang dipakai dapat menguraikan pengaruh budaya di Kota Melaka.

KERTAS KERJA

DR. IBRAHIM BAKAR

Presiden Masdinar Kedah

Dr. Ibrahim merupakan pakar numismatik yang giat mengkaji matawang Alam Melayu. Beliau juga merupakan penulis bagi buku Matawang Alam Melayu Zaman Tradisional dan juga Kota Seputih Lindungan Bulan.

KERTAS KERJA

Free HTML5 Templates by freeHTML5.co

PROF. EMERITUS DORODJATUN KUNTJORO-JAKTI

Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi Universiti Indonesia / Bekas Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia

Ahli akademik dan bekas diplomat Prof. Emeritus Dorodjatun Kuntjoro-jakti mempunyai pandangan tersendiri mengenai politik, ekonomi dan masyarakat dalam dunia global. Beliau akan memposisikan kegemilangan Melaka dan nusantara dalam geopolitik dan geoekonomi wilayah di rantau ini.

KERTAS KERJA

PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD KHAIRUDIN ALJUNIED

Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS)

Kepakaran khusus beliau dalam bidang sejarah Asia Tenggara yang meliputi agama kosmopolitanisma dan pergerakan sosial di dalam dan luar rantau ini. Dr. Khairudin akan mengupas mengenai pengaruh agama Islam dan hubungan Melaka di Nusantara dan kuasa besar di seluruh dunia.

KERTAS KERJA

PROF. DATUK AWANG SARIYAN

Pakar Pengajian Dunia Melayu, Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC)

Pakar Bahasa Melayu, Dr. Awang Sariyan sangat dikenali dengan kesungguhannya dalam memulihara dan memartabatkan bahasa Melayu. Karya beliau meliputi puluhan buku, ratusan rencana, serta lebih 200 kertas kerja seminar tentang bahasa, pendidikan, falsafah dan isu sosiobudaya.

KERTAS KERJA

Kata kunci untuk kertas kerja adalah kod yang digunakan untuk Slido / Sesi Q&A


PROGRAM

Senarai program 12 & 13 September 2018.

MASA AGENDA & SPEAKER
08:00 am – 09:00 am Pendaftaran
09:00 am – 9:15 am Majlis Perasmian
09:15 am – 10:00 am

Visual : Menerjah Terowong Masa Kegemilangan Lampau

Persembahan : Melaka Di Persada Kerajaan Ternama

Topik : Sehari Selembar Benang, Lama-Lama Menjadi Kain
Pn. Zubaidah Sual

10:00 am – 10:40 am

Persembahan : Tingginya Adat Halusnya Tradisi

Topik : Budaya Warisan Nusantara
Prof. Dr. Siti Zainon Ismail

10:40 am – 10:50 am Kudapan
10:50 am – 11:30 am

Persembahan : Indahnya Bahasa Ditutur Segenap Umat

Topik : Lingua Franca Penghubung Dunia
Prof. Madya Dr. Paitoon M. Chaiyanara

11:30 pm – 12:10 pm

Persembahan : Unggulnya Melaka, Masyhur Serata Alam

Topik : Kuasa Maritim Dan Kehebatan Perdagangan Melaka
Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi

12:10 pm – 12:50 pm

Topik : Matawang Alam Nusantara
Dr. Ibrahim Bakar

12:50 pm – 02.00 pm Rehat dan Makan Tengahari
02:00 pm – 02:40 pm

Persembahan : Melayari Samudera Menjalin Diplomatik

Topik : Hubungan Tamadun Melayu - China sejak Zaman Bahari
Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan

02:40 pm – 03:20 pm

Persembahan : Nusantara Hamparan Gemilang

Topik : Islam dan Ketamadunan Melayu : Melaka sebagai Kuasa Besar yang Kosmopolitan
Prof. Madya Dr. Khairudin Aljunied

03:20 pm – 04:00 pm

Topik : Budaya Politik dan Relasi Antarabangsa di Nusantara Sebelum Zaman Penjajah
Prof. Madya Dr. Farish A. Noor

04:00 pm – 04:10 pm Kudapan
04:10 pm – 04:50 pm

Topik : Kehebatan Teknologi Melayu
Prof. Madya Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif

04:50 pm – 05:30 pm

Topik : Menggali Khazanah Mengangkat Warisan
Prof. Madya Dr.Asyaari Muhamad

Persembahan : Syair Tewasnya Sebuah Empayar

05:30 pm – 06:10 pm

Visual : Melaka Kurnia Yang Sempurna

Topik : Peranan Melaka Di Masa Lalu
Prof. Emeritus Dorodjatun Kuntjoro-Jakti

6:10 pm – 6:30 pm Persembahan Penutup



SOALAN LAZIM

Adakah saya hanya perlu hadir untuk salah satu hari persidangan?

Sekiranya saya berminat untuk menyertai kedua-dua hari persidangan, apakah yang perlu saya lakukan?

Berapakah harga tiket ASAL 2018?

Berapakah harga tiket ASAL 2018 bagi pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT)?

Di mana saya boleh mendapatkan tiket persidangan ini?

Apakah kaedah pembayaran yuran penyertaan?

Adakah saya boleh membatalkan pendaftaran dan menuntut semula yuran penyertaan?

Sekiranya saya berminat untuk menyertai kedua-dua hari persidangan, apakah yang perlu saya lakukan?



"Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita."

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Majlis Pelancaran Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
7 Julai 1992